Pulang ke Singapura Operasi_Tiderace

Laksamana Lord Louis Mountbatten menandatangani dokumen serah kalah Jepun bagi pihak United Kingdom. 12 September 1945

Operasi Tiderace bermula apabila Mountbatten mengarahkan tentera bersekutu untuk belayar dari Trincomalee dan Rangoon menuju ke Singapura pada 31 Ogos. Armada tidak dilengkapkan dengan senjata berat kerana Mountbatten mempunyai alasan baik untuk mempercayai bahawa angkatan Jepun di Malaya dan Singapura tidak akan melawan dan akan menyerah diri: pada 20 Ogos Jeneral Itagaki Seishiro, pemerintah Jepun di Singapura, telah memberi isyarat kepada MKountbatten yang beliau akan mematuhi keputusan maharajanya dan bersedia untuk menerima arahan buat penyerahan kalah Jepun di Singapura.[16]

Kekalahan Jepun telah memeranjatkan Pemerintahan Jepun di Singapura. Ramai yang tidak mahu menyerah diri dan berazam untuk berjuang sehingga mati. Pada mulanya Itagaki berat untuk menyerah kalah dan sebalinya mengarahkan Tentera Darat ke-25 (bahagian Tentera Darat Wilayah ke-7 yang mempertahankan Singapura) untuk menentang apabila Tentera Bersekutu tiba.[16] Malah, terdapat rancangan rahsia untuk membunuh kesemua tawanan perang Bersekutu di Singapura.[16] Walau bagaimanapun, tiga hari selepas pengisytiharan Maharaja pada 15 Ogos, Itagaki terbang dari Singapura ke Saigon untuk bermesyuarat dengan ketuanya, Fil Marsyal Count Terauchi, Panglima Tentera Darat Selatan dan kesemua angkatan Jepun di Asia Tenggara. Terauchi meyakinkan Itagaki untuk menyerah kalah dan Itagaki kemudiannya menghantar isyarat kepada Mountbatten. Akhbar di Singapura kemudiannya dibenarkan untuk mencetak ucapan Maharaja Jepun, sekali gus mengesahkan apa yang diketahui umum selepas mendengar siaran All India Radio dari Delhi.[16]

Tentera Bersekutu tiba di Tanah Melayu pada 28 Ogos dengan sebahagian kecil armada dihantar ke Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Operasi Zipper. Apabila Pulau Pinang menyerah kalah tanpa tentangan, armada kemudian belayar jke Singapura pada 2 September, melintasi Rumah api Raffles di jalan masuk Selatan Selat Melaka.[17] Armada tiba di Singapura pada 4 September 1945, tanpa sebarang tentangan oleh pihak Jepun.[16] Namun demikian, kapal tempur Perancis, Richelieu, terlanggar periuk api magnet pada jam 0744, 9 September sewaktu belayar di Selat Melaka. Kapal itu akhirnya belayar masuk ke dalam pelabuhan Singapura pada jam 1200 pada 11 September.[18]

Jeneral Itagaki, diiringi Laksamana Madya Shigeru Fukudome dan pembantunya, dibawa ke kapal HMS Sussex di Pelabuhan Keppel untuk berbincang tentang upacara menyerah kalah. Mereka disambut oleh Leftenan Jeneral Sir Philip Christison dan Mejar Jeneral Robert Mansergh. Satu pertemuan tegang berlaku apabila seorang pegawai Jepun dilaporkan berkata, "Anda lewat dua jam"[Nota 1] hanya untuk dijawab dengan ungkapan, "Kami tidak menggunakan waktu Tokyo di sini" [Nota 2][17] Pada jam 1800, pihak Jepun telah menyerahkan angkatan mereka di pulau itu. Dianggarkan seramai 77,000 orang tentera Jepun dari Singapura ditawan, ditambahan dengan 26,000 dari Malaya.[16]

Rujukan

WikiPedia: Operasi_Tiderace http://www.navy.gov.au/hmas-hawkesbury-i http://www.combinedfleet.com/I-501.htm http://www.combinedfleet.com/I-502.htm http://www.combinedfleet.com/kamika_t.htm http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-06CA-Susse... http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-06CL-Cleop... http://www.naval-history.net/xGM-Chrono-10DD-52R-R... http://staff.science.nus.edu.sg/~sivasothi/blog/pd... http://www.royalnavyresearcharchive.org.uk/ESCORT/... http://www.royalnavyresearcharchive.org.uk/ESCORT/...